May 30, 2011

FIFA | Mohammed Hamman dan Jack Warner digantung


ZURICH: Jawatankuasa Etika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung calon jawatan presiden, Mohammed Hamman dan Naib Presiden FIFA, Jack Warner manakala presiden persekutuan itu, Sepp Blatter bebas daripada sebarang penyelewengan.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Petrus Damaseb, mendengar keterangan Hamman, Warner dan Blatter pada perbicaraan yang bermula dengan Hamman menarik diri daripada pemilihan jawatan tertinggi FIFA sekali gus membolehkan Blatter hadir sebagai calon tunggal.

“Jawatankuasa Etika FIFA sudah membuat keputusan,” kata Blatter dalam kenyataan. “Saya tidak mahu mengulas secara terperinci. Tapi saya cuma ingin nyatakan bahawa saya kecewa dengan apa yang berlaku dalam beberapa hari dan minggu sebelum ini,” katanya - AFP

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!