July 10, 2011

MSL | KAFA janji imbuhan lumayan buat pemain Kelantan


KOTA BHARU, (Bernama) - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjanji akan memberi imbuhan menarik buat pemain Kelantan yang berjaya membawa pulang Piala Liga Super buat pertama kalinya.
Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun persatuan itu belum dapat memutuskan jumlah keseluruhan imbuhan itu namun akan tetap mengagihkan wang tunai berjumlah RM500,000 hasil juara Liga Super kepada semua pemainnya.
"Kafa akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan bentuk imbuhan yang bakal diberikan kepada pemain," katanya selepas menghadiri sambutan perarakan membawa pulang Piala Liga Super di sini, malam tadi.
Lebih 10,000 penyokong The Red Warriors menyambut ketibaan pemain di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan berarak sehingga ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Annuar yakin kemenangan menjadi juara liga itu akan membangkitkan lagi semangat pemain Kelantan yang akan beraksi pada saingan Piala Malaysia tidak lama lagi.
"The Red Warriors telah berjaya mengangkat mutu bola sepak Kelantan ke tahap terbaiknya dan saya bangga dengan apa yang dilakukan pemain," katanya.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!