July 10, 2011

La Liga | Zidane dilantik pengarah bola sepak di Bernabeu


MADRID, (D5) - Zinedine Zidane memaklumkan beliau akan memulakan tugasan sebagai pengarah bola sepak Real Madrid bermula minggu depan. 

Pemain legenda Perancis itu sebelum ini bertindak sebagai penasihat khas kepada presiden kelab Sepanyol itu, Florentino Perez. 

"Kami akan memulakan peranan sebagai pengarah bola sepak kepada pasukan utama.

"Jose Mourinho memainkan peranan utama dalam langkah ini, begitu juga dengan presiden," ujarnya. 

Apabila ditanya apakah peranan yang akan dimainkannya, beliau menjawab, "Kita tengok nanti, semua orang bertanyakan soalan yang sama, namun Isnin minggu depan saya akan memulakannya sehingga akhir musim.

Pemenang tiga kali Anugerah Pemain Terbaik Dunia itu dipercayai akan menggalas tanggungjawab yang pernah dipegang Jorge Valdano sebelum beliau dipecat musim lalu. 

Hubungan Valdano dan Mourinho menjadi renggang sejak jurulatih itu dilantik. 

Mourinho sendiri telah meminta Zidane memainkan peranan lebih dekat dengan pasukan utama sejak musim lalu dan Zidane juga berjaya memujuk pertahanan Perancis, Raphael Varane dari Lens minggu llau. 


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!