December 19, 2011

Mancini Gembira Kebangkitan City




Roberto Mancini adalah individu yang paling gembira di atas kemenangan Man City ke atas Arsenal dalam perlawanan malam tadi.

City tewas kepada Chelsea pada Isnin lalu, dan tergelincir ke tangga ke-2 liga selepas Man United berjaya menewaskan QPR.

Namun ujaran terima kasih harus diberikan kepada David Silva yang menjaringkan gol pada separuh masa kedua, meletakkan skuad Mancini kembali berada di puncak liga.

Dalam perlawanan yang dramatik itu, City sepatutnya mempunyai kelebihan melalui Aguero manakala sepakan Pablo Zabaleta pula terkena tiang.

Ujaran terima kasih juga harus diberikan kepada Joe Hart diatas kecemerlangan menyelamatkan tendangan dari RVP, Thomas Vermaelen dan Theo Walcott.

Van Persie juga sempat menjaringkan satu gol namun ianya tidak diterima akibat offside.

Arsenal mengalami kekalahan pertama dalam sembilan perlawanan dan meniggalkan mereka 12 mata dibelakang Man City yang megah di tangga teratas liga.

Pengurus Gunners berkata amat susah untuk mengejar dan mencapai piala EPL namun mereka akan mencuba.