December 17, 2011

Keputusan Isu Perkauman Luis Suarez Ke Atas Evra Ditangguh





Persatuan Bola Sepak England berkata tidak akan ada keputusan berkaitan isu perkauman Luis Suarez ke atas Patrice Evra sehingga 20 Disember 2011.

Suarez dituduh mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman ke atas Evra dalam perlawana di Anfield pada 15 Oktober lalu.

FA England akan memastikan Suruhanjaya Pengawalseliaan Bebas terus menyiasat perkara ini.

Suares telah disokong oleh kelabnya dalam menafikan pertuduhan itu.

Evra pula melalui Canal Plus sebuah media Perancis memberitahu bahawa Suarez ada menghinanya lebih dari 10 kali dan ianya boleh dilihat melalui pita rakaman perlawanan.

Selain itu, Suarez juga menghadapi pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Fulham berikutan kekalahan 1-0 Liverpool kepada kelab itu dalam perlawanan 5 Disember lepas.