December 17, 2011

Man City Vs Arsenal Preview





Venue: Etihad Stadium Tarikh: Ahad, 18 Disember Kick-Off: 2310 Waktu Malaysia

Berita Pasukan


Pertahanan Man City Pablo Zabaleta bersiap sedia untuk diturunkan sebagai pertahanan kiri, mengambil alih tempat Gael Clichy yang digantung perlawanan manakala Aleksandar Kolarov pula masih mengalami kecederaan.

Micah Richards pula dilihat kembali sihat untuk menjadi pertahanan kanan selepas terlepas dua perlawanan.

Arsenal pula bebas dari kecederaan baru.

Kieran Gibbs akan kembali selepas Krismas manakala Wilshere pula mungkin akan kembali pada bulan Februari.

Preview Perlawanan


Akhirnya keegoan Man City terpadam juga apabila kalah kepada Chelsea 2-1 dalam perlawanan minggu lepas. Perhatian kini diberikan kepada sejauhmana City boleh mempertahankan rekod kemenangan di gelanggang sendiri. Dalam tujuh perlawanan di Etihad Stadium, mereka telah menang kesemuanya dan satu-satunya pasukan yang berjaya mencatat rekod itu dalam Premier League musim ini.

Sekiranya mereka berjaya mengelak daripada tewas kepada The Gunners, pasukan Roberto Mancini akan melengkapkan kalendar satu tahun tanpa kalah di gelanggang sendiri. Dalam 27 perlawanan yang berlangsung gelanggang City, Everton telah menang 2-1 pada Disember lepas, seri dengan Fulham dan Napoli, manakala mereka mencatat kemenangan dalam baki 25 perlawanan lain.

Mungkinkah Arsenal takut dalam perlawanan ini?- jawapannya adalah ya, tidak, mungkin. Namun Arsenal mungkin tidak tertekan dalam perlawanan penting ini. Mengikut fakta, City lebih tertekan kerana mereka harus membuktikan kekalahan kepada Chelsea bukanlah satu masalah besar untuk mereka meneruskan rentak kemenangan dalam saingan liga perdana.

Bagi Arsenal pula, tidak terkalah dalam 8 perlawanan liga, mengutip 22 mata daripada 24, Arsenal dilihat semakin selesa dengan kem pasukan mereka yang dilihat semakin mantap.

Robin Van Persie, Alex Song, Aaron Ramsey dan Mikel Arteta merupakan tonggak yang amat penting bagi Arsenal. Keempat-empat pemain ini telah berjaya meletakkan Arsenal dalam kedudukan yang selesa.

Fakta Perlawanan
Head-to-head

-Dalam enam pertemuan akhir liga antara kedua-dua pasukan di Manchester telah menghasilkan 21 goal dengan masing-masing mencatat tiga kemenangan.

-City tidak pernah menjaringkan gol ketika bertemu Arsenal semenjak kalah 4-2 pada Oktober 2009 hasil jaringan Emmanuel Adebayor.

-Arsenal telah mencatat 10 kemenangan dalam 14 perlawanan antara kedua-dua kelab di Manchester.