December 17, 2011

Undian Sukar Buat Chelsea, Arsenal




DUA kelab England, Chelsea dan Arsenal, masing-masing diundi bertemu wakil Itali, Napoli dan AC Milan manakala juara bertahan, Barcelona berhadapan Bayer Leverkusen pada majlis undian pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, hari ini.
Napoli tidak boleh dipandang mudah Chelsea kerana kelab Itali itu layak selepas mengetepikan Manchester City pada saingan peringkat kumpulan manakala bagi Arsenal, ia merupakan pertembungan ulangan dengan Milan di peringkat sama pada musim 2007/08 yang dimenangi mereka, 2-0.
Lima lagi perlawanan pusingan kalah mati bakal menyaksikan Real Madrid bertemu CSKA Moscow, Bayern Munich bertemu Basel, Marseille bertemu Inter Milan, Benfica bertemu Zenit St  Petersburg manakala Lyon bertemu APOEL Nicosia.
Sementara itu, undian pusingan kalah mati Liga Europa pula menyaksikan Manchester United bakal bertemu Ajax, City bertemu Porto manakala Stoke bertemu Valencia.
Pusingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara itu akan berlangsung Februari dan Mac depan manakala pusingan kalah mati 32 pasukan Liga Europa dijadual pada Februari depan.- MyNewsHub