December 17, 2011

Ronaldo, Romario Sokong Santos



Bekas pemain kebangsaan Brazil yang juga merupakan bekas pemain Barcelona berharap Santos menjadi juara menentang anak buah Pep Guardiola.

Lagenda Brazil, Ronaldo dan Romario kini memberi sepenuh sokongan kepada Santos ketika anak buah Muricy Ramalho sedang membuat persediaan untuk menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Fifa Club World Cup.

Kedua-dua penyerang yang pernah bermain bersama kelab Catalan itu sepanjang kariernya berharap akan berlaku satu keajaiban yang manis dalam perlawanan ahad ini.

"Ia akan menjadi perlawanan yang hebat dan saya sentiasa akan menyokong kelab Brazil. Saya berharap Neymar dapat bermain dengan baik, dan saya akan menyaksikan di hadapan tv," kata Ronaldo.

bagi Romario pula, dia pasti akan teruja sekiranya Santos dapat menjulang piala berprestij itu.

perlawanan akan berlangsung pada Ahad 18 Disember 2011. Kick off akan berlangsung pada 6.25 petang.