August 28, 2011

Transfer | EPL 28 Ogos 2011 Transfer Gossip



£40 juta untuk Modric

Arsenal kini bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gary Cahill (Bolton) sehingga akan memperbaharui nilai bidaan dari £12 juta kepada £15 juta.

Tottenham bersedia untuk membida penyerang International, Leandro Damiao, Marc Bartra (Barcelona) dan Guieda Fofana (Le Havre).

Stoke kini semakin hampir untuk mendapatkan Wilson Palacios dan Peter Crouch dari Spurs dengan harga £20 juta.

Fulham bersedia untuk membuat tawaran sebanyak £5 juta bagi mendapatkan Zaha dari Crystal Palace yang kini berusia 19 tahun.

Arsenal dikatakan berminat untuk mendapatkan Mikel Arteta (Everton) dan mungkin akan menggunakan Nicklas Bendtner sebagai sebahagian daripada pertukaran untuk mendapatkan pemain itu.

Fulham dan Newcastle kini dalam persaingan untuk mendapatkan penyerang Freiburg, Papiss Demba Cisse.

pemilik Chelsea, Roman Abramovich membuat bidaan terakhir bernilai £40 juta untuk mendapatkan Luka Modric dari Spurs. Manakala dalam masa yang sama, Spurs kini semakin hampir untuk mendapatkan Craig Bellamy dari Man City.

Sir Alex Ferguson menolak untuk menjual Dimitar Berbatov kepada mana-mana kelab sehingga musim perpindahan tamat.

Chelsea telah bersetuju dengan terma bagi mendapatkan pemain pertahanan Ajax, Gregory van der Wiel dengan harga £28 juta.

Pengurus Wigan, Roberto Martinez membuat kenyataan bahawa tidak ada seorang pun pemainnya yang akan dijual sepanjang musim perpindahan ini. Ini bermaksud Hugo Rodallega dan Maynor Figueroa akan kekal di DW Stadium.

Pemain pertahana Chelsea, Alex kini menerima tawaran mengejut dari Arsenal dengan tawaran £6 juta, manakala ada laporan bahawa Alex kini semakin hampir untuk menyertai Juventus.

Arsenal boleh menandatangani Lucho dari Marseille namun hanya dengan harga £7 juta. Arsene Wenger sebelum ini membuat tawaran sebanyak  £2 juta sebagai syarat untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!