August 29, 2011

Arsene Wenger Sakit Dirobek 8-2


Wenger malu diatas kekalahan 8-2
Arsene Wenger mengakui bahawa dia malu di atas kekalahan 8-2 Arsenal kepada Man United dalam perlawanan malam tadi.

Wayne Rooney menjaringkan hatrik buat kali ke-6 di Old Trafford sepanjang kariernya manakala Man United kini kembali berada di puncak liga dan meninggalkan Wenger bersama krisis yang besar dalam menguruskan pemainnya.

Wenger berkata terlalu awal untuk mengatakan bahawa ini semua berlaku akibat daripada ketiadaan Nasri dan Fabregas. Arsene Wenger juga menyatakan bahawa dia kini sedang berusaha untuk mencari pengganti kepada kedua-dua pemain tersebut.

Namun dia kini terpaksa berusaha dengan lebih keras untuk mencari pengganti dan menandatangani beberapa orang pemain sebelum musim perpindahan berakhir pada hari Rabu ini.

Wenger yakin akan dapat menandatangani Park Chu-Young dari Monaco sebelum meneruskan sesi pembelian seorang pertahanan tengah dan seorang lagi pemian tengah.

Arsenal juga dilihat akan memperbaharui nilai bidaan terhadap Gary Cahill dari Volton yang berjaya menarik minat Arsene Wenger sejak beberapa minggu lepas. 

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!