August 4, 2011

Harimau Malaya | Asah Taring Jumpa Gergasi Merah Kuning




Sebagai menggantikan aksi persahabatan menentang Oman yang terpaksa dibatalkan, skuad bolasepak kebangsaan bimbingan Datuk K.Rajagobal akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Liga Super Selangor pada 6 Ogos (Sabtu) ini.

Perlawanan dijadual berlangsung jam 10 malam, di Stadium Shah Alam, dan peminat dialu-alukan hadir memberikan sokongan, sama ada kepada pasukan kebangsaan mahupun Gergasi Merah Kuning.

Apapun, Harimau Malaya akan beraksi tanpa kelibat beberapa pemain, termasuklah penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan (cedera), Khairul Fahmi Che Mat dan kesemua pemain Harimau Muda yang kini berada di Slovakia untuk persiapan Kelayakan Olimpik.

Bagi Selangor, ini peluang terbaik mempersiapkan pasukan menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri, seterusnya mencuba beberapa pemain baru yang didapatkan secara pinjaman dari skuad Harimau Muda B, antaranya Haziq Zikri Elias.

Untuk makluman, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor, Datuk Hamidin Amin akan memainkan peranan selaku Pengurus Pasukan, mengambil alih tugas berganda dipikul K.Devan selaku Ketua Jurulatih dan Pengurus sebelum ini.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!