August 24, 2011

Transfer | EPL 24 Ogos 2011 Transfer Gossip



Tottenham telah bersetuju untuk meminjam penyerang Man City, Emmanuel Adebayor.

Man United berharap dapat membawa Nasri ke Old Trafford walaupun Man City telah bersetuju dengan perbincangan bersama Arsenal untuk pemain tengah itu.

QPR kini dalam proses untuk membida pemain tengah Newcastle, Joey Barton dan membuat tawaran sebanyak  £5 juta untuk Scott Parker dari West Ham.

El-Hadji Diouf telah mengkritik pengurus Blackburn, Steve Kean kerana menghalang pemain itu dari meninggalkan Ewood Park.

Mario Balotelli mengatakan dia bersedia untuk berhijrah ke Palermo- tempat kelahirannya.

Namun presiden Palermo, Maurizio Zamparini mengatakan kelabnya mengalami sedikit kesulitan untuk membawa masuk pemain itu kerana harganya terlalu mahal.

Aston Villa kini bersedia untuk membida pemain tengah Man United, Darren Gibson dengan harga £3.5 juta.

QPR telah membuat tawaran terhadap Jermaine Jenas dari Tottenham secara pinjaman.

Harry Redknapp menyatakan bahawa harga yang mahal harus dibayar untuk mana-mana kelab mendapatkan Luka Modric.

Namun begitu, Tottenham masih menolak tawaran £30 juta daripada Chelsea untuk Luka Modric.

Eden Hazard sekali lagi dinafikan untuk berhijrah ke Emirates Stadium.

Sunderland dan Celtic kini cuba bersaing untuk mendapatkan Roque Santa Cruz.

Pemain tengah Liverpool, Joe Cole mahu meninggalkan Liverpool secepat mungkin dan mahu menyertai Tottenham.

Arsene Wenger dilihat akan membawa Phil Jagielka dan Mikel Arteta ke Emirates untuk menguatkan lagi barisan pemain Arsenal sebelum tamat musim perpindahan.

Joe Cole, Christian Poulsen, David N'Gog dan Alberto Aquilani dikatakan bakal meninggalkan Anfield pada musim perpindahan ini.

AC Milan mengesahkan bahawa Liverpool telah bersetuju untuk menjual Aquilani kepada mereka.

Lyon memberitahu Newcastle supaya menaikkan harga bidaan terhadap Aly Cissokho atau melupakan pemain itu sebelum musim perpindahan tamat.

Chelsea semakin hampir untuk menandatangani penyerang Mexico, Ulises Davila dan akan meminjamkan pemain itu kepada kelab Vitesse selama satu musim.

Dalam masa yang sama Chelsea juga telah membuat bidaan sebanyak £16.6 juta untuk pertahanan sayap Porto, Alvaro Pereira.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!