August 23, 2011

Transfer | EPL 23 Ogos 2011 Transfer Gossip



Kevin Nolan (West Ham) menyatakan bahawa kelab itu patut menandatangani Joey Barton (Newcastle United) sekiranya mereka menjual Scott Parker.

AC Milan mengesahkan bahawa mereka dalam perbincangan dengan Alberto Aquilani, manakala QPR sedang berusaha untuk mendapatkan Joe Cole secara pinjaman.

Chelsea sedang memerhatikan penjaga gol Juventus, Marco Storari sebagai pengganti kepada Peter Cech.

Bolton mensasarkan untuk membawa tiga pemain dalam minggu ini- David Ngog (Liverpool)£4 juta, dan Shaun Wright-Philips (Man City) £2 juta dan Dedryck Boyata (Man City) secara pinjaman.

Wolves bersedia untuk membuat tawaran mendapatkan khidmat Jimmy Bullard selepas dia dibuang daripada Hull City dalam satu insiden semasa pra-musim.

Arsenal bersedia untuk membawa masuk Bastian Schweinsteiger dari Bayern Munich ke Emirates Stadium.

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas bercadang untuk membawa masuk pertahanan Porto, Rolando dan pertahanan Ajax, Gregory van der Wiel sebelum tamat musim perpindahan.

Arsenal cuba untuk melepaskan Sebastian Squillaci- namun mereka masih tidak menjumpai pengganti kepada pemain itu.

Tottenham gagal dalam membida tiga pemain- Ashley Young, Phil Jones dan Stewart Downing.

Inter Milan kini sedang berusaha untuk membawa masuk Dirk Kuyt (Liverpool).

Namun Kuyt menolak tawaran dari Inter dan berkeras untuk kekal di Anfield.

Man City bersedia untuk melengkapkan urusan dengan Samir Nasri untuk memastikan pemain itu boleh didaftarkan dalam senarai pemain untuk Champions League, namun Arsenal pula bersedia untuk menyenaraikan pemain itu dalam kesebelasan utama kelayakan Champions League second leg.

Penyerang Lille, Moussa Sow kini menjadi perhatian Arsenal dan Real Madrid.

Liverpool berusaha untuk membawa masuk kembali pemainnya yang kini bersama Man City, Craig Bellamy.

Everton dan Celtic kini sedang bersaing untuk mendapatkan pertahanan Birmingham, Liam Ridgewell secara pinjaman setelah perpindahan pemain itu ke West Ham tidak menjadi kenyataan.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!