August 23, 2011

Transfer | EPL 22 Ogos 2011 Transfer Gossip



Pengurus Arsenal, Arsene Wenger akan membuat bidaah bernilai £15 dan £25 juta lebih untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Rennes, Yann M'Vila dan penyerang Lille, Eden Hazard. Pengurus dari Perancis itu juga akan membuat tawaran baru terhadap Phil Jagielka (Everton).

The Gunners dilaporkan menawarkan Nicklas Bendtner sebagai pertukaran untuk mendapatkan Per Mertesacker dari Werder Bremen.

Tottenham harus memperbaharui keinginan untuk menandatangani Forlan dari Atletico Madrid selepas pemain itu mneghadapi masalah dalam menandatangani kontrak baru bersama kelab Sepanyol itu.

Spurs juga sekali lagi dikaitkan dengan pemain tengah kontroversi Newcastle United, Joey Barton.

Alberto Aquilani kini dikatakan semakin hampir untuk berhijrah ke AC Milan.

Chelsea akan membuat bidaan untuk membawa masuk penyerang Fiorentina, Stevan Jovetic apabila selesai membawa masuk Juan Mata dari Valencia.

Pengurus Man United, Sir Alex Ferguson telah mengesahkan yang Paris Saint-German ingin menandatangani Dimitar Berbatov, namun dia mahu mengekalkan pemain itu di Old Trafford.

Ferguson dilaporkan sedang memerhati pemain kebangsaan Jepun, Shinji Kagawa, yang berusia 22 tahun yang kini bermain bersama Borussia Dortmund.

Blackburn dikatakan akan menandatangani penyerang Hoffenheim, Vedad Ibisevic yang bernilai £6 juta.

Arsenal bersedia membuka perbicaraan dengan Lazio untuk mendapatkan penyerang Mauro Zarate dan berharap dapat membawa masuk pemain itu ke Emirates sebelum perlawanan menentang Man United.

Liverpool dikatakan akan menggunakan Raul Miereles untuk dibuat pertukaran dengan Chelsea bagi mendapatkan Daniel Sturridge.

The Reds juga berminat untuk membawa masuk Kevin Doyle dari Wolves sebelum tamat musim perpindahan.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!