August 24, 2011

Dilabel Biadap, Timbulkan Kemarahan Devan



Tempoh hari Jurulatih Selangor, K.Devan mengatakan dia tidak peduli akan rekod pertemuan atau lebih tepat statistik 11 pertemuan lalu menentang musuh ketat, Kelantan, serta berpendapat ianya bukanlah sesuatu yang harus dibimbangkan.
 (baca sini)

Namun dalam diam, rupanya Devan ‘TIDAK LENA TIDUR’ sejak diajukan soalan itu oleh Suara Sukan, apatah lagi reaksi amarahnya menjawab soalan itu selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Kelantan minggu lalu dilabel BIADAP oleh sebuah stesen TV tempatan.

Tidak berpuas hati dengan statistic dipaparkan Suara Sukan tempoh hari, Devan menemui penulis sebentar tadi pada Majlis Berbuka Puasa Persatuan Bolasepak Selangor, dan menegaskan Selangor HANYA gagal menewaskan Kelantan 9 kali berturut-turut, bukan 11 kali, dan sekali lagi berpendapat ianya fakta tidak tepat dan sengaja mahu merendahkan kewibawaan Selangor berbanding lawan dari Pantai Timur itu.

“saya dengar Aiman kutuk saya dekat blog, kata saya macam2. sekarang saya nak tanya awak, kalau awak pemberita datang tanya saya dengan fakta salah, saya sebagai coach adalah orang paling sesuai untuk perbetulkan fakta itu, saya ada senaraikan statistic, u nak tengok saya boleh tunjuk, again, kita bukan gagal 11 kali, hanya 9 kali, saya tak boleh terima u cakap 11 perlawanan, seolah-olah u nak cakap Selangor ni memang tak mampu nak tewaskan Kelantan..”.

“saya sekali lagi nak tanya u macam mana u dapat statistic 11 perlawanan? Tahun ni 4 kali kita kalah 3 seri 1, 4 kali tahun lalu seri 3, kalah 1, campur frenly baru 9, 2009 kita last menang FA Cup, memang game tu seri 90 minit, tapi keputusannya kita menang, menang tetap menang la penalti pun. so statistic u patutnya kira selepas game tu..”. – K.Devan.

Kesungguhan Devan mempertahankan reputasi Selangor dengan membuat HOMEWORK tentang rekod pertemuan menentang Kelantan – sesuatu yang disifatkannya tidak menjamin keputusan di masa hadapan, memberi gambaran jelas betapa Devan sebenarnya terganggu dengan kegagalan pasukannya menewaskan Kelantan untuk tempoh 2 tahun (11 perlawanan mengikut statistik 90 minit permainan, atau 9 perlawanan mengikut perkiraan Devan).

Dan berpunca daripada reaksinya menjawab soalan itu Rabu lalu (17 Ogos), mendorong sebuah stesen televisyen swasta, melabelnya BIADAP, yang mana menimbulkan kemarahan Devan yang berpendapat laporan itu sama sekali menjatuhkan air mukanya sebagai Ketua Jurulatih yang dihormati.

“pernah tak saya marah wartawan sebelum ini? tak pernah kan? saya cuma perbetulkan fakta u hari tu, mungkin reaksi saya marah, tapi saya hanya mahu perbetulkan fakta u. itu tak bermakna saya BIADAP. Sampai ada yang call tanya saya apa saya buat hingga laporan berita kata saya BIADAP.  kalau ikutkan saya boleh saman stesen TV tu.  kita sama-sama tolong la, u as wartawan nak berita, tapi tak perlulah sampai burukkan dan jatuhkan imej oranglain..”.

Kepada Devan, sebenarnya perihal berkaitan statistik tidak perlu diperbesarkan dan dijadikan isu, apatah lagi anda sendiri mengatakan ianya tidak membawa apa-apa makna, manakala tentang dilabel BIADAP, SS tiada kena mengena dengan laporan berita tersebut, jangan SS pula yang terkena tempiasnya.

Apapun, professionalisme Devan tetap harus dipuji apatah lagi dia masih mahu bergurau dan melawak dengan penulis dan beberapa rakan pemberita lain, di sebalik laporan negatif mengenainya - tidak seperti jurulatih skuad kebangsaan.

Kredit: Suara Sukan Anda

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!