August 25, 2011

Transfer | EPL 25 Ogos 2011 Transfer Gossip



Chelsea bersedia meningkatkan nilai bidaan terhadap Alvaro Pereira selepas Porto menolak bidaan sebelum ini yang bernilai £16.6 juta. Daa]lam masa yang sama, Chelsea bersedia menjual Malouda kepada Juventus.

QPR bersedia membuat tawaran untuk mendapatkan Joey Barton dengan kontrak selama 3 tahun dan gaji sebanyak£60,000 seminggu.

Permintaan Arsenal untuk membawa masuk Kaka secara pinjaman ditolak oleh Real Madrid.

Man United dilaporkan akan membida pemain tengah Santis, Ganso untuk memperkuatkan lagi bahagian tengah mereka.

Pemilik baru QPR, Tony Fernandes berharap dapat membawa lima orang lagi pemain sebelum musim perpindahan menutup tirai.

Arsenal berharap dapat membawa masuk Eden Hazard dari Lille. Bagaimanapun, kelab dari Perancis itu mahu Eden terus kekal bersama kelabnya sekarang.

Newcastle United cuba untuk mendapatkan Davide Santon dari Inter Milan. Liverpool, Arsenal dan Man City juga cuba untuk mendapatkan pemain itu.

Arsenal mendapat tentangan daripada Inter Milan untuk mendapatkan Mauro Zarate.

Pengurus Fulham, Martin Jol bersedia untuk membawa masuk Amauri dari Juventus untuk memperkuatkan jentera serangan mereka.

Roberto Mancini mahu membawa masuk Daniele de Rossi bagi membantu Nasri di bahagian tengah.

Pemain tengah Parma, Danilo Pereira kini mendapat minat daripada Liverpool dan Arsenal.

Arsenal kini sedang memerhatikan Raul Albiol dari Real Madrid selepas Valencia dikatakan turut berminat untuk mendaptkan pemain itu.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!