
Setelah berjaya memenangi perlawanan menentang Everton minggu lepas, kini West Bromwich Albion ingin meneruskan rentak kemenangan mereka dalam perlawanan menentang Newcastle United hari ini.
Dalam masa yang sama, West Ham ingin menambah koleksi kemenangan mereka dalam EPL apabila berkunjung ke Sunderland hari ini.
WEST BROM V NEWCASTLE
The Baggies masih lagi bersemangat tinggi untuk menang ke atas Newcastle setelah mereka berjaya membelasah Everton 4-1 di Goddison Park minggu lepas.
Namun begitu Newcastle sudah pasti akan cuba menghalang niat West Brom itu dengan cuba bermain dengan sebaik mungkin. Mereka berjaya mengutip satu mata semasa bertemu Chelsea minggu lepas.
Bagaimanapun, Newcastle telah melalui tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam empat perlawanan terakhir EPL.
Pertemuan kedua-dua pasukan dalam liga Championship pada musim lepas menyaksikan keputusan seri.
SUNDERLAND V WEST HAM
West Ham telah membuat kejutan ke atas Man United dalam pemburuan Piala Carling minggu lepas apabila berjaya menumbangkan Red Devils dengan jaringan 4-0. Kini semangat itu dibawa oleh mereka ke Stadium of Lights menentang Sunderland malam ini.
Namun begitu, usaha West Ham itu kelihatan agak mustahil kerana untuk rekod, Sunderland tidak pernah tewas di gelanggang sendiri sepanjang musim ini berlangsung.
The Black Cats akan cuba mempertahankan maruah mereka agar tidak rebah di hadapan penyokong mereka sendiri. Sunderland telah dimalukan Wolves apabila mereka kalah kepada kelab itu pada minggu lepas.
Kedua-dua pasukan ini hanya berjumpa sekali pada musim ini meyaksikan anak buah Avram Grant berjaya menewaskan Sunderland 2-1 dalam pemburuan Piala Carling.
Semua perlawanan ini boleh disaksikan secara live di SPORTXONE.