December 6, 2010

PREVIEW PERLAWANANAN EPL 6 DEC 2010


Malam ini menyaksikan perlawanan terakhir EPL untuk minggu ini antara Liverpool dan Aston Villa apabila perlawanan antara Man United dan Blackpool terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dinyatakan kelak.

Liverpool yang sedang memburu trofi Europa League telah mengalami kekalahan yang mengejutkan kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan EPL minggu lepas.

Bagi Aston Villa pula, mereka seharusnya cuba untuk mendapat kemenangan ke atas Liverpool malam ini. Kekalahan mereka pada malam ini akan menyaksikan mereka akan mencipta hat-rik dengan tiga kali kekalahan berturut-turut. Aston Villa juga masih merasa keperitan apabila kalah kepada pasukan setempat, Birmingham dalam perebutan Piala Carling.

LIVERPOOL V ASTON VILLA
Pengurus Villa, Gerard Houlier masih berharap agar pasukannya dapat mengulangi kejayaan mereka menewaskan Liverpool dengan jaringan 3-1 pada musim lepas dalam pertemuan di Anfield iaitu kejayaan pertama mereka dalam sembilan kunjungan. Bekas pengurus Liverpool itu berharap agar Liverpool akan tewas dan nasib akan meyebelahi mereka pada perlawanan malam ini.

Liverpool pula mempunyai rekod yang cemerlang ditempat sendiri pada musim ini apabila menang tiga perlwanan terakhir di tempat sendiri.