
MAlaysia berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010
apabila berjaya merewaskan Laos 5-1 dalam kumpulan A di Stadium
Jakabaring Kota Palembang, Sumatera malam tadi.
Indonesia menghidupkan peluang skuad kebangsaan ke saingan
separuh akhir apabila menewaskan Thailand 2-1 dalam satu lagi
perlawanan akhir serentak Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno.
Malaysia yang awalnya tewas 5-1 kepada tuan rumah dan seri dengan Thailand
terpaksa mencari kemenangan untuk menghidupkan peluang
beraksi di peringkat separuh akhir.
Sekiranya Thailand menang ke atas Indonesia malam tadi semestinya kemenangan
Malaysia ke atas Laos tidak akan membawa sebarang makna dalam
perlawanan malam tadi.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahya, Norshahrul Idlan Talaha,
Amirulhadi Zainal dan jaringan sendiri pemain Laos, Kitsada.
Malaysia yang menjadi naib juara Kumpulan A akan bertemu denga juara
Kumpulan B sama ada Vietnam, Singapura atau Filipina.