December 4, 2010

PREVIEW PERLAWANANAN EPL 4 DEC 2010


Chelsea dan Arsenal berpeluang untuk merampas takhta pendahulu daripada Manchester United pada perlawanan malam ini.

Perlawanan antara Manchester United dengan Blackpool terpaksa ditangguhkan dan ini sekaligus membuka peluang untuk kedua-dua pasukan dari London ini untuk merampas kedudukan selepas mereka akan menjadi tuan rumah kepada Everton dan Fulham.

Tottenham Hotspur akan bertandang ke Birmingham City manakala Blackburn Rovers pula akan menentang Wolverhampton Wanderes di Edwood Park.

Manchester City pula akan menjadi tuan rumah kepada Bolton Wanderes manakala Stoke City pula akan menjadi pelawat kepada Wigan Athletic.

ARSENAL V FULHAM
Usaha Fulham untuk memperolehi kemenangan pertama di tempat lawan nampak sukar apabila mereka akan bertandang ke Emirates Stadium menentang Arsenal. Fulham tidak pernah menang dalam persaingan liga ke atas Arsenal dalam 23 perlawanan sejak 1994.

Setakat ini Fulham hanya berjaya mengutip tiga mata hasil perlawanan di tempat lawan namun harus diingat bahawa Arsenal telah mengalami tiga kekalahan di tempat sendiri setakat ini.

Fulham telah melalui lima perlawanan tanpa menang apabila mencatatkan dua kekalahan dan tiga seri dalam lima perlwanan terakhir dan mereka juga gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan terakhir bertemu Arsenal.

BIRMINGHAM V SPURS
Anak buah Redknapp telah memenangi tiga perlawanan akhir Barclays Premier League manakala Birmingham hanya berjaya mengutip lima mata dalam tiga perlawanan terakhir.

Birmingham hanya mencatat satu kekalahan dalam 22 perlawanan di tempat sendiri tetapi hanya berjaya menjaringkan tujuh gol di St Andrew.

BLACKBURN V WOLVES
Wolves tidak mempunyai rekod bersih dalam 18 perlawanan liga musim ini apabila hanya berjaya mengutip satu mata dalam tujuh perlawanan terakhir dan hanya berjaya menjaringkan lima gol.

Rovers pula tidak pernah mencatat kekalahan dalam empat perlawanan terakhir menentang Wolves apabila mencatat dua kemenangan dan dua seri.

Wolves berusaha untuk menamatkan kemarau kemenangan mereka manakala Rovers pula bersemangat tinggi untuk memulihkan reputasi mereka setelah dimalukan 7-1 di Old Trafford minggu lepas.

CHELSEA V EVERTON
Chelsea sudah melalui tiga perlawanan tanpa menang hampir menyamai rekod lama mereka apabila mengalami empat perlawanan tanpa menang pada September 2007.

Manakala Everton pula hanya berjaya mencatat satu kemenangan dalam 18 perlawanan di Stamford Bridge sejak 1994 yang menyaksikan mereka tewas sembilan kali dan lapan kali seri. Bagaimanapun dalam empat pertemuan terakir mereka dalam liga di Stamford Bridge menyaksikan keputusan seri.

MAN CITY V BOLTON
Manchester City mencatat keputusan seri dalam empat perlawanan terakhir mereka dalam liga manakala Bolton pula telah mencatat tiga kemenangan dalam lima perlawanan terakhir, seri dalam dua perlawanan.

The Trotters telah mencatatkan 10 gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka namun mempunyai kesulitan untuk menjaringkan gol di Eastlands apabila Man City hanya bolos lima gol musim ini di tempat sendiri.

Sekiranya Bolton berjaya mencatat kemenangan malam ini akan menyaksikan mereka akan berkongsi mata dalam kedudukan liga. Tetapi harus diingat bahawa Man City mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri.

WIGAN V STOKE
Dalam empat pertemuan liga antara kedua-dua pasukan menyaksikan keputusan seri.

Wigan telah tewas dalam dua perlawanan terakhir tetapi tidak pernah ditewaskan dalam empat perlawanan di depan penyokong sendiri manakala Potters pula tidak pernah tewas dalam empat perlawanan, menang tiga perlawanana berturut-turut sebelum mencatat keputusan seri 1-1 menentang Man City di gelanggang lawan.

Wigan akan mengalami kekalahan ke-100 mereka dalam liga sekiranya mereka tewas kepada Stoke malam ini.

Saksikan kesemua perlawanan EPL ini secara langsung di SPORTXONE.