April 9, 2013

SHB Da Nang FC Lancar Perang Psikologi Terhadap Kelantan


Kelantan diduga dengan kemudahan yang teruk oleh pihak Da Nang

Kelantan yang mewakili nama Malaysia dalam saingan Piala AFC dikejutkan dengan padang latihan yang amat teruk disediakan oleh pihak tuan rumah, Da Nang FC dalam persediaan menghadapi perlawanan Piala AFC esok.

Pegawai Media Kelantan yang dihubungi berkata mereka terkejut dengan layanan yang diberikan oleh tuan rumah.

"Keadaan padang yang diberikan memang mengecewakan,"tambahnya lagi.

Zuki juga berkata Bojan juga kelihatan marah apabila mendapat layanan yang buruk dari pihak SHB Da Nang.

Dari segi layanan, ia amat berbeza ketika Da Nang bertandang ke Kota Bharu kerana mereka diberikan kemudahan yang cukup selesa.

Antara gambar padang latihan yang diberikan kepada Kelantan: