April 10, 2013

Preview Piala AFC SHB Da Nang-Kelantan: Hari Pembalasan Buat Kelantan


Barisan Kemungkinan

 Thanh Binh
Duy Lam - Hai Lam - Goia - Tan Dien
Anh Khoa - Nguyen Sa - Thanh Hung
Quach Tan
Merlo - Mrwand


 Fahmi
Rizal - Nik Shahrul - Obinna - Zairul
Farhan - Indra - Kcira - Faiz
Dickson - Petratos


Sebahagian daripada perlawanan membalas dendam, Da Nang mungkin ada sesuatu yang lebih besar untuk menentang Kelantan; mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata untuk terus berada dalam pertandingan ini.

Tanpa dua orang pemain utama ketika dimalukan di Kota Bharu, jurulatih mereka Le Huynh Duc mungkin akan menurunkan Quoc Anh  untuk memberi saingan kepada Kelantan. Dia bersama pasukan kebangsaan Vietnam dan telah mejaringkan satu gol ketika menentang UAE dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia.

Dibahagian serangan, Da Nang pasti mengharapkan Melo dan Mrwand. Disebalik kekalahan dramatik minggu lalu, kedua-dua penyerang mereka telah melakukan yang terbaik untuk meresahkan Khairul Fahmi. Selepas berhadapan dengan pertahanan Kelantan yang mantap, mereka dilihat lebih bersedia untuk memperdaya pertahanan pihak lawan hari ini.

Walaupun Da Nang mempunyai kelebihan beraksi di kubu sendiri, Le Huynh Duc masih sukar untuk memilih kesebelasan utama mereka untuk perlawanan ini.

"Kami bermain banyak perlawanan. Kami akan cuba sesuaikan bergantung kepada setiap perlawanan," katanya kepada media.

Manakala Kelantan dilihat mahu mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan bagi memastikan mereka akan berjaya untuk ke peringkat seterusnya. Bojan Hodak dalam kenyataannya kepada media, menegaskan dia tidak mahu memandang perlawanan ini sebagai mudah walaupun berjaya menewaskan juara V-League dengan jaringan yang besar minggu lepas.

"Kami tidak tahu target mereka dalam saingan Piala AFC namun Kelantan datang hari ini adalah untuk menang," katanya.

Walau bagaimanapun, Hodak membuat kejutan apabila menggugurkan Shakir Shaari dan kapten pasukan, Badhri Radzi yang bermain dengan agak cemerlang di Kota Bharu minggu lepas. Daudsu Jamaludin dan Zamri Ramli juga tidak dibawa bersama untuk perlawanan ini. Menurut pegawai media, En. Zuki, mereka merehatkan beberapa tonggak utama sebagai persediaan untuk menentang ATM pada 13 April nanti.

Dengan beberapa pemain yang ditinggalkan, Kelantan masih tidak mempunyai sebarang masalah dengan menggantikan jentera tengah dengan Indraputra Mahyuddin dan Lek Kcira. Supersub, Norfarhan Mohd dan Faiz Subri mungkin akan memainkan peranan di bahagian sayap.

Jentera serangan pula, Dickson Nwakaeme dan Dimitri Petratos menjadi pilihan Bojan Hodak. Kebanyakan pemain Kelantan sudah biasa bermain menentang Da Nang. Mereka sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengekang pasukan hebat dari Vietnam itu.

Semasa sidang akhbar pra perlawanan, Hodak dengan sinis menyatakan: "SHB Da Nang adalah juara V-League musim lepas.

"Mereka adalah satu-satunya pasukan terbaik di VIetnam.

"Dalam pusingan pertama, mereka tidak menghantar skuad yang terkuat dan bermain dengan agak teruk.

"Pada pendapat saya, Da Nang mungkin tidak begitu berminat dengan Piala AFC ataupun mereka membuat percaturan untuk perlawanan mudah menentang pasukan dari Myanmar atau Maldives."

Perlawanan ini pasti menjadi perlawanan yang menarik antara dua juara; Malaysia dan Vietnam. Penyokong tuan rumah pasti akan menunggu perlawanan ini selepas pasukan mereka dibelasah 5-0 minggu lalu.