April 13, 2013

Preview Perlawanan Kel-ATM: Misi Mengekal Rentak, Membalas Dendam



Barisan Kemungkinan

Kelantan

Fahmi
Zairul - Nik Shahrul - Obinna - Jamaludin
Faiz Subri - Badhri - Shakir - Khairul Izwan
Indra - Nwakaeme


ATM

Farizal
Reuben - Taj - Irwan - Hasyim
Christie - Martelotto - Zambery - Elphi
Hai.O - Marlon



Cerita kelemahan Kelantan di musim ini kelihatan sudah padam. Mereka bermula dengan agak hambar dalam 11 perlawanan pertama dalam Liga Super Malaysia apabila hanya berjaya mencatat 14 mata sahaja. Namun sekarang perbezaan ketara dapat dilihat dalam kem Kelantan apabila berjaya mencatat enam kemenangan berturut-turut dengan agregat jaringan 18-6, menunjukkan mereka sudah berada di landasan yang sewajarnya untuk mengharungi  saingan Liga Super.

Kelantan berjaya menewaskan lawan yang dikatakan agak sukar dalam saingan Piala AFC dan juga dapat ke peringkat seterusnya dalam Piala FA untuk bertemu Sarawak. Penyandang juara ini berada dalam kedudukan ketujuh liga, sembilan mata dibelakang pendahulu Lions XII. Hanya dengan perbezaan sembilan mata, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Kelantan mengulangi kejayaan seperti musim lalu.

Pasukan Kelantan kini berada dalam mood yang begitu meyakinkan, bukan hanya kerana bermain di Kota Bharu- dimana kubu kuat yang menyaksikan mereka tidak pernah kalah lebih setahun, tapi juga kerana mereka mempunyai rekod yang cukup cemerlang keatas ATM. Sejak awal musim lalu, ATM gagal untuk mengalahkan Kelantan dalam lima perlawanan. Yang lebih buruk , dalam 12 pertemuan yang lepas, ATM tidak pernah menang ke atas Kelantan (dalam masa perlawanan yang sebenar).

Untuk perlawanan ini Kelantan akan menurunkan kembali beberapa pemain tonggak mereka iaitu Daudsu Jamaluddin, Shakir Shaari dan Badhri Radzi  selepas direhatkan ketika menentang SHB Da Nang FC dalam Piala AFC. Dickson Nwakaeme yang menjaringkan gol kemenangan ketika menentang SHB Da Nang minggu lepas mungkin akan diturunkan dalam perlawanan ini.

Bagi ATM pula, mereka akan berusaha untuk membalas dendam di atas kekalahan dalam perlawanan sebelum ini yang menyaksikan ATM tewas 3-2. 

Dengan Shukor Adan, G.Jeevananthan, Fitri Omar dan R. Surendran tidak dapat diturunkan , B. Sathianathan  akan menggunakan Rezal Zambery dan K. Reuben yang kembali dari penggantungan satu perlawanan untuk menguatkan jentera tengah mereka.

Perlawanan malam ini pasti menjadi satu persaingan yang sengit dan dapat dilihat sejauhmana anak buah Panglima Hodak mampu menahan asakan dari jentera serangan Jeneral Sathia.