April 27, 2013

Kelantan Mahu Jadikan Man United Sebagai Model


KAFA mahu menjadikan Manchester United sebagai contoh untuk mereka memperbaiki pengurusan dan pembangunan pemain



Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) baru-baru ini telah membuat lawatan ke Manchester United dan sekaligus telah memberi idea untuk menambahbaik pengurusan persatuan pada masa depan.

Naib Presiden KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, lawatan ke sana bertujuan untuk melihat dan menganalisis cara Manchester United menguruskan kelab, terutama dari aspek pembangunan pemain.

"Saya dapat melihat dan merasa Manchester United lebih kedepan dalam mengurus dan meningkatkan kelab.



"Satu aspek yang benar-benar mengagumkan saya ialah cara kelab menjana pendapatan mereka melalui penjualan merchandise sehingga jenama United menjadi begitu popular dan kuat," kata Ismail kepada wartawan.

Ismail juga memberitahu, dia akan mempersembahkan cadangan kepada KAFA untuk meniru beberapa aspek dari United.

"Tan Sri Annuar Musa mempunyai misi dan visi yang jelas dalam pembangunan jenama pasukan Kelantan.

"Sebagai bukti, tahun lepas KAFA dipilih sebagai persatuan terbaik."