January 2, 2013

Dimitri Petratos Mendedahkan Del Piero Menggesanya Supaya Meninggalkan Australia Untuk Menyertai Kelantan

Bekas pemain penyerang Sydney FC memberitahu dan mendedahkan bahawa lagenda Jucentus, Alessandro Del Piero menjadi sebahagian daripada keputusan yang dibuatnya untuk menyertai Red Warriors.


"Saya betul-betul menyukai penyokong di sini."

Itulah kata-kata pertama yang diucapkan oleh Dimitri Petratos dalam sesi temuramah yang dilakukan.

Dimitri yang lebih dikenali sebagai Dimi, telah menjaringkan empat gol untuk Kelantan dalam perlawanan pra musim yang dilakukan.

Pemain yang berusia 20 tahun itu mempunyai kebolehan menggelecek dengan baik dan sekaligus menjadi fenomena di Kota Bharu.

Semasa ditemuramah, selepas sesi latihan dijalankan, Petratos menyatakan di tidak mengetahui apa-apa tentang Kelantan sehingga pengurus menyatakan bahawa Red Warrior berminat untuk mendapatkan beliau.

"Saya membuat research tentang Kelantan dan saya berfikir untuk membuat satu kelainan, jadi sebab itu saya berada di sini."

"Saya suka peminat disini. Saya telah bermain dua kali di Kota Bharu dan penyokong-penyokong di sini sangat bagus. Saya suka suasana di sini."

Apabila ditanya adakah dia dapat menyesuaikan diri dengan Kota Bharu, dia menjawab "Saya mempunyai rakan sepasukan yang baik. Mereka semua baik dan kelakar. Saya begitu seronok tinggal di sini."

Sepanjang latihan, Dimitri tidak menunjukkan sebarang masalah sama ada dari segi komunikasi dengan pemain-pemain lain, dan dia juga boleh bermain dengan baik dengan pertahanan Nigeria, Obinna Nwaneri. Dia kelihatan begitu selesa dengan pasukannya.

Bekas penyerang Sydney FC juga turut mendedahkan bahawa lagenda Juventus, Del Piero menggesa beliau untuk meninggalkan Australia dan bermain di Malaysia.

"Saya pernah berbincang dengan Del Piero tentang perpindahan saya ke Malaysia, dan dia hanya berkata saya perlu mengikut apa kata hati saya."

"Saya mahu bermain bola sepak, untuk mencapai sesuatu yang lebih bagus.

"Jadi saya membuat keputusan untuk berpindah ke Kelantan.

"Dan saya rasa saya telah membuat keputusan yang betul."