January 3, 2013

Annuar Musa Risau Persiapan Kelantan


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menunjukkan kerisauan setelah kalah teruk kepada Sime Darby dalam perlawanan pra-musim.


Kelantan telah tewas dengan jaringan 1-4 kepada Sime Darby dalam perlawanan pra-musim sekaligus menimbulkan kerisauan kepada Annuar Musa.

Berkata kepada wartawan, kalah dalam perlawanan persahabatan adalah perkara biasa. Namun kekalahan dengan jaringan yang besar adalah sesuatu yang patut dirisaukan.

Annuar memberitahu melalui laman Facebook," Berkemungkinan barisan hadapan yang kita ada untuk tahun 2013 tidak tajam dan tidak agresif." Annuar juga dilihat kurang bersetuju dengan ketua jurulatih, Bojan Hodak yang memilih Keita Mandjou berbanding Petratos untuk saingan liga yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Bgaiamanapun, beliau menyerahkan tugas pemilihan pemain 100% kepada jurulatih dari Crotia itu.

"Bojan telah memilih Keita untuk saingan Liga Malaysia 2013, dan Petratos akan menyertainya pada April sekiranya Keita gagal menunjukkan prestasi yang baik. Saya mempunyai pendapat yang berbeza dengan jurulatih, namun pemilihan pemain adalah tugas jurulatih dan saya menerima apa sahaja keputusannya."

Kelantan memenangi tiga kejuaraan dalam saingan liga tempatan dan akan memulakan saingan 2013 dengan perlawanan Piala Sumbangsih menentang ATM di Shah Alam.