January 2, 2012

Zlatan Mengalukan Ketibaan Tevez




Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic  mengalu-alukan sekiranya Tevez berjaya dibawa masuk ke Ac Milan, dan berkata ia boleh menjadi 'sejata tambahan' buat kelab.


Man City berhajat untuk melepaskan penyerangnya itu pada Januari ini apabila penyerang itu membuat onar untuk tidak diturunkan dalam pertemuan menentang Munich pada September lepas.


Rundingan antara City dan Milan telah berlangsung selama beberapa minggu, dengan kelab dari Itali itu berterus terang untuk mengambil pemain itu hanya sebagai pinjaman manakala City pula mahu menjual terus Tevez.


Kedua-dua kelab masih berharap rundingan dapat disimpulkan pada minggu akan datang dan Zlatan juga mengharapkan perkara yang sama.


Zlatan yang berusia 30 tahun menyatakan: "Buat saya, Tevez adalah pemain yang hebat."


"Saya tidak pasti sama ada dia akan ke Milan atau tidak. Namun dia adalah pemain yang hebat dan sekiranya di ke Milan, dia akan melakukan yang terbaik buat kami.


"Ia akan menjadi 'senjata tambahan' buat kami. Semua orang kenal cara permainan Tevez. Dia sangat fantastik dan akan memberi kualiti tambahan kepada kami."