January 2, 2012

Higuain Mahu Kekal di Real Madrid | Chelsea dan Juventus Berminat



Ayah dan juga agen kepada Gonzalo Higuain mendedahkan penyerang Real Madrid itu tidak berminat untuk meninggalkan Bernabeu selepas dikaitkan dengan Chelsea dan Juventus.


Penyerang kebangsaan Argentina itu masih mempunyai kontrak bersama Real Madrid sehigga Jun 2016.


Bagaimanapun agen kepada pemain yang berusia 24 tahun itu menolak unutk berbincang mengenai masa depan Huguain.


"Tidak ada seorang pun di Real Madrid yang berbicara mengenai penjualan Higuain dan dia tidak mempunyai sebab untuk meninggalkan Madrid," ujar ayah kepada Higuain.


"Secara fakta, dia mahu terus bermain bersama Real Madrid sehingga kontraknya tamat pada Jun 2016."


Ayah kepada penyerang ini mengakui ada menerima laporan berkaitan minat Chelsea dan Juventus terhadap anaknya, namun dia belum menerima panggilan secara rasmi daripada kedua-dua kelab.


"Chelsea dan Juventus berminat untuk mendapatkan anak saya, hanya satu perkara yang saya boleh ucapkan, kedua-duanya adalah kelab terbaik."