January 2, 2012

AVB Perlu Satu Musim Penuh | Petr Cech




Penjaga gol Chelsea, Petr Cech mempertahankan pengurusnya Andre Villas-Boas yang kini berada di bawah tekanan apabila mendapat kritikan hebat akibat aksi hambar Chelsea sejak kebelakangan ini.


Pengurus yang berusia 33 tahun itu tiba ke Stamford Bridge pada musim panas lepas dari Porto.


The Blues tersingkir dari "big four" dalam Liga Perdana England apabila tewas kepada Aston Villa 3-1 di gelanggang sendiri, kekalahan ketiga untuk musim ini di laman sendiri.


Selepas berjaya mencatat keputusan membanggakan ketika menentang Man City pada Disember lepas, Chelsea terus dirundum malang tanpa mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan berikutnya, seri degan Wigan, Tottenham dan Fulham dan kalah kepada Aston Villa.


Villas-Boas menolak untuk bercakap mengenai masa depannya di Stamford Bridge namun pemilik Chelsea, Roman Abramovich mengesahkan bahawa kedudukan AVB selaku pengurus Chelsea selamat.


Petr Cech pula menyatakan bahawa peminat tidak boleh mempertikaikan kebolehan AVB kerana dia bersama Chelsea belum lagi sampai satu musim.


"Sekarang kita harus menunggu hingga ke penghujung musim baru boleh beri hukuman- kerana saya melihat dia mempunyai banyak potensi di sini," kata Cech