January 2, 2012

Chelsea Mahu Pecah Rekod £84M Untuk Hulk



Bos Chelsea, Andre Villas-Boas bersedia untuk membuat perpindahan pecah rekod £84M untuk mendapatkan Givanildo "Hulk" de Souza dari Porto FC dalam usaha memperkuatkan jentera serangannya.


Hulk menjadi sebahagian daripada pemain AVB semasa menjadi juara liga Portugal dengan menjaringkan 23 gol untuk berada di kedudukan teratas senarai penjaring. Agen kepada Hulk percaya Hulk harus kembali untuk bersama AVB di Chelsea.


"Hulk akan bersetuju untuk bekerja bersama Andre dan mereka mempunyai hubungan yang erat. Apa-apa mungkin boleh berlaku bergantung kepada persetujuan antara kedua-dua kelab" kata Fonseca.


Sekiranya Chelsea berjaya mendapatkan Hulk pada harga £84M ia akan memecahkan rekod perpindahan termahal yang sebelum ini dipegang oleh Cristiano Ronaldo untuk perpindahan dari Man United ke Real Madrid, £80M.


Namun begitu, sumber dari Porto menyatakan mereka tidak menerima apa-apa tawaran rasmi untuk Hulk dari Chelsea, walaupun begitu kemungkinan untuk Hulk berpindah masih ada.