January 2, 2012

Man City Semakin Hampir Untuk Daniele De Rossi



The Sun melaporkan bahawa Daniele De Rossi semakin hampir untuk berpindah ke Man City, memandangkan kedua-dua kelab sedang dalam proses perbincangan lanjutan. De Rossi dijangkan akan menjejakkan kaki ke Etihad Stadium dengan bayaran perpindahan GBP10 juta.


Midfielder yang berusia 28 tahun semakin hampir untuk kembali ke pangkuan pengurus Roberto Mancini yang sebelum ini memberi pujian yang melambung kepada pemain itu: "De Rossi adalah seorang juara dan ia akan bertambah sempurna bila bersama Man City."


Midfielder Roma itu akan tamat kontrak pada musim panas ini, dan kelab dari Itali itu bersedia menanggung risiko kehilangan pemain itu.


Menurut The Sun, rundingan De Rossi akan selesai pada bulan ini sekiranya Carlos Tevez betul-betul meninggalkan Etihad Stadium.