January 2, 2012

Drogba Akan Berhijrah Ke China?




Didier Drogba dipercayai telah dihubungi oleh bekas rakan sepasukan Nicolas Anelka untuk memujuk pemain itu berhijrah ke China. Anelka telah menandatangani kontrak bersama Shanghai Shenhua bulan lepas.


Pada minggu ini pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memberitahu Drogba bahawa dia patut meninggalkan Stamford Bridge pada Januari dan harus mencari kelab yang sanggup membayar dengan harga yang diminta oleh Chelsea.


Drogba telah dihubungi oleh agen kelab dari China dan penyerang Ivory Coast itu begitu berminat untuk mendengar pakej yang akan ditawarkan kepadanya.


Penyerang itu dikatakan gagal untuk bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan oleh Chelsea, dimana Drogba mahukan kontrak dua tahun sedangkan Chelsea hanya mahu menyambung kontrak selama setahun sahaja.


Shanghai Shenhua juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Drogba, dan mungkin akan menawarkan pakej yang sama seperti mereka mendapatkan Anelka. Dalam kontrak tersebut, gaji mingguan adalah sebanyak GBP180,000 dan tempoh adalah selama dua tahun setengah.