January 2, 2012

Mourinho Tidak Berminat Untuk Urusan Jual Beli



Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho memberitahu bahawa mereka tidak mahu mendapatkan pemain baru pada jendela perpindahan Januari ini. Pengurus dari Portugal itu sebelum ini dikaitkan dengan penyerang Man City, Carlos Tevez.


Mourinho memberitahu Real Madrid official website: "Kami tidak akan terlibat dengan pasaran ini. Ia akan dibuka sebulan dan saya faham macam mana keadaannya. Banyak pemain yang akan berpindah sepanjang jendela perpindahan ini. Tapi kami tetap tidak mahu.


"Secara praktikalnya anak buah saya sudah cukup bersedia untuk separuh masa kedua musim ini. Lembaga pengarah telah bekerja dengan keras untuk membentuk satu skuad yang cukup mantap.


"Jendela perpindahan sudah tertutup bagi kami. Saya tidak memerlukan mana-mana pemain."