January 3, 2012

Catatan Perlawanan EPL Isnin




Wolverhampton Wanderes |1-2| Chelsea


Midfielder Chelsea, Frank Lampard menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan untuk mengutip tiga mata berharga ketika menentang Wolves.


Lampard menyambut baik hantaran lintang dari Ashley Cole untuk menghancurkan hati Wolves, hanya beberapa minit selepas Stephen Ward menjaringkan gol melalui rembatan kaki kirinya, yang dianggap gol penyamaan buat mereka.


Chelsea mendahului dengan sepakan penjuru Juan Mata disambut oleh Ramires yang tidak mensia-siakan peluang yang terhidang.


Aston Villa |0-2| Swansea City


Swansea menunjukkan permainan yang superb untuk mengutip tiga mata penuh selepas mencatat kemenangan di gelanggang lawan menentang Aston Villa. Ini adalah kemenangan pertama Swansea di gelanggang lawan.


Mereka menjaringkan gol seawal minit keempat melalui Nathan Dyer apabila berlaku kesilapan dalam pertahanan Aston Villa dan Wyne Routledge menjaringkan gol kedua beberapa minit selepas masa rehat.


Villa cuba bangkit namun kemenangan tetap berpihak kepada Swansea.


Blackburn Rovers |1-2| Stoke City


Peter Crouch meneruskan rentak golnya apabila menjaringkan dua gol ketika menentang Blackburn untuk memberikan kemenangan bergaya ke atas Stoke di Ewood Park.


Penyerang yang tinggi lampai itu menggunakan kelebihannya untuk mengawal bola melalui hantaran lintang yang cantik dari rakan sepasukan untuk menjaringkan gol yang menarik.


Blackburn cuba menyamakan kedudukan namun hanya berjaya mendapatkan satu gol melalui David Goodwillie.


Queens Park Rangers |1-2| Norwich City


Kapten QPR, Joey Barton menjaringkan gol pembukaan di Loftus Road sebelum diarah keluar padang.


Barton menampar pemain Norwich selepas 11 minit menjaringkan gol yang menyebabkan pengadil terpaksa melayang kad merah terus kepadanya.


Anthony Pilkington menjaringkan gol penyamaan sebelum rehat separuh masa dan Steve Morison menjaringkan gol kemenangan untuk mengutip tiga mata penuh.


Fulham |2-1| Arsenal


Perlawanan setempat menyaksikan Fulham menerima kunjungan Arsenal. Fulham berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan yang pernuh dramatik apabila Arsenal terpaksa bermain dengan 10 orang.


Aaron Ramsey membuat hantaran yang cantik untuk disudahkan oleh Laurent Koscienly melalui tandukan yang superb untuk meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-21.


Namun pada minit ke-78 Johan Djouru diarah keluar padang selepas menerima kad kuning yang kedua apabila menjatuhkan Bobby Zamora.


Pada minit ke-85, Steve Sidwell menjumpai jaring apabila meyudahkan lorongan cantik daripada Philippe Senderos untuk gol penyamaan buat tuan rumah.


Kezaliman Fulham bertambah jelas apabila menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan melalui Bobby Zamora untuk memastikan Arsenal pulang hampa dengan kekalahan 2-1.