December 23, 2011

Wenger Perjudikan Van Persie




Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui menurunkan Robin Van Persie dalam setiap perlawanan mempunyai risiko yang amat tinggi.

RVP dilihat bakal memecahkan rekod dalam perlawanan di Emirates Stadium untuk perlawanan selepas ini. Hanya dua gol yang diperlukan RVP untuk memcahkan rekod Alan Shearer, dan Arsene Wenger bersedia untuk menurukan pemain dari Belanda itu untuk perlawanan menentang Wolves 27 Disember ini.

"Dia harus teruskan", kata Arsene Wenger.

"Semestinya anda sentiasa tertanya-tanya kenapa saya sentiasa menurunkan RVP, kenapa tidak merehatkannya?

"Buat masa ini, semuanya akan ok".

"Sekarang kami sedikit lega dan bersedia untuk perlawanan di laman sendiri dan kami harap kami boleh menang."