December 23, 2011

Pepe Reina Pertahan Suarez




Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina mempertahankan Suarez dalam isu penggantungan 8 perlawanan yang dikenakan ke atas pemain itu. Suarez bermain untuk kali terakhir sebelum terpaksa berada di luar padang ketika menentang Wigan semalam.

"Kami semua berada di belakang Suarez. Kami memberi sokongan penuh kepadanya. Kami bersamanya setiap minit dan kami akan lakukan semampu yang boleh."

"Suarez tidak racist. Saya yakin 100% dia tidak racist dan dia juga menolak untuk bersikap racist. Saya mahu dia tahu bahawa dia dan kami tidak bersalah. Lapan perlawanan adalah sesuatu yang kejam."