May 27, 2013

Hodak Puas Hati


Percaturan Bojan Hodak Menjadi, Annuar Musa Menabur Pujian


Kota Bharu: Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berpuas hati kerana berjaya mengikis kecaman yang mengatakan beliau membuat ‘percaturan bodoh’ sebelum ini, apabila membenam Terengganu 4-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.


Sebelum ini, jurulatih dari Croatia itu dikecam penyokong sendiri apabila percaturannya menyimpan tiga tonggak utama Mohd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin dan Muhammad Norfarhan Muhammad menyebabkan tewas 0-2 kepada musuh ketat Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Super 22 Mei lalu.


Bagaimanapun percaturannya yang merehatkan tiga tonggak itu berhasil apabila berjaya mencatat kemenangan dengan membawa bekalan selesa bagi perlawanan timbal balik di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu esok.

Hodak berpuas hati dengan semangat juang anak didiknya yang tidak berputus asa walaupun ketinggalan di awal permainan sebelum bangkit pada 10 minit terakhir bagi memastikan sebelah kaki ke final.


Katanya, pujian juga harus diberikan kepada penyokong yang membantu memberi sokongan moral malah menyuntik semangat kepada pemainnya supaya tidak mengalah dan berjuang sehingga tiupan wisel penamat.


“Saya berpuas hati kerana apa yang dirancangkan menjadi. Bagaimanapun kita masih ada 90 minit dalam perlawanan timbal balik dan kita menyasarkan untuk mencari sekurang-kurangnya satu jaringan di tempat lawan untuk memberi tekanan kepada mereka,” katanya.- MyMetro


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB