May 27, 2013

TRW Mahu Jumpa JDT


Kelantan mahu jumpa Johor Darul Takzim di final Piala FA bagi melunaskan hutang yang tertunggak di Larkin


MESKIPUN saingan separuh akhir kedua Piala FA belum bermula, juara bertahan, The Red Warriors tampil lebih awal memasang impian besar mahu bertemu seteru baharunya, Johor Darul Takzim (JDT) dalam pentas final pada 29 Jun depan.


Bukan bermaksud memperkecilkan peluang Pahang, namun Kelantan yang kini selangkah ke final setelah meraih kemenangan besar 4-1 ke atas Terengganu akui ‘lebih berminat’ bertemu skuad Harimau Selatan itu sekali gus mahu membalas dendam di atas kekalahan 0-2 dalam saingan Liga Super, baru-baru ini.

Malah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut membayangkan kesediaan pasukannya berentap kali ketiga menentang JDT sambil menyifatkan gelanggang neutral cukup sesuai bagi dua pasukan itu membuktikan kehebatan masing-masing.

“Kita harap sangat dapat jumpa JDT pada perlawanan akhir nanti. Baru-baru ini, kita tak puas hati (tewas 0-2 di Larkin), sebab tak turunkan barisan terkuat. Jadi, kita mahu menguji mereka dengan kekuatan sebenar Kelantan.

“Saya yakin Kelantan boleh ke final. Kita tahu kualiti yang ada pada pemain, cuma sepanjang musim ini kita berdepan banyak masalah hingga menimbulkan kesulitan kepada jurulatih untuk menyusun kesebelasan terbaik," katanya kepada Sinar Harian sejurus tamay perlawanan separuh akhir pertama, malam kelmarin.

Menurut Annuar, beliau memanggil semua pemain dan pegawai pasukan pada satu majlis tertutup dua hari lalu dan memberitahu mereka kemenangan ke atas Terengganu cukup penting kerana ia berkait rapat soal maruah pasukannya.

“Kita mesti ke Bukit Jalil, kena masuk final sebab kita adalah juara bertahan. Saya beri ganjaran cukup besar sekiranya Kelantan boleh melangkah ke perlawanan akhir dan pemain kita membuktikannya malam ini.

“Inilah kualiti yang saya mahu lihat pada pemain Kelantan. Dalam bola sepak, tak boleh menguasai sepanjang masa, kita ketinggalan satu gol sehingga minit ke-79 tetapi pemain menunjukkan semangat kental untuk bangkit mencipta kemenangan” katanya.

Mengulas percaturan Bojan Hodak pada perlawanan tersebut setelah beliau secara terbuka membidas pengendali Kelantan itu dalam laman sosialnya baru-baru ini, Annuar secara berseloroh berkata, sekali sekala pemain dan pegawai pasukannya harus menerima kejutan.

“Malam ini kita setujulah dengan cara dia. Yang kita tak setuju bila Hodak simpan pemain tapi memandangkan dia beritahu saya keutamaannya ialah Piala FA, maka saya terima dan dia kena buktikanlah,” katanya.- Sinar Harian


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB