December 23, 2011

Malaga Sasar Fernando Torres?




Pemilik Malaga yang berstatus jutawan bersedia untuk membuat perpindahan sensasi apabila ingin membawa penyerang Chelsea, Fernando Torres untuk bermain bersama kelab itu.

Malaga dikatakan bersedia untuk membuat tawaran sebanyak GBP 30 juta kepada Chelsea selepas Torres dilihat tidak begitu mendapat tempat selepas meninggalkan Liverpool untuk bersama Chelsea.

Menurut laporan yang diterima,pihak Malaga sudah membuat segala persiapan untuk membida pemain itu dan mungkin akan sempurna sepenuhnya pada Januari depan.

Khidmat Torres jarang digunakan sepanjang bersama Chelsea ditambah pula dengan penigkatan prestasi Danny Sturridge. Manakala Drogba juga turut menjadi pilihan AVB setelah dilihat kembali cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini.