December 23, 2011

Penyokong England Dipenjara Kerana Membunuh Penyokong Cardiff City



Penyokong England, Ian Mytton dijatuhi hukuman penjara tiga tahun pada hari Rabu lepas kerana didapati bersalah menumbuk dan membunuh penyokong Cardiff City, Michael Dye di luar Stadium Webley pada September lepas.


Akibat tumbukan itu, Dye tersungkur ke tanah dan mengalami kecederaan di bahagian kepala. Pihak hospital mengesahkan kematiannya.


Mytton juga turut diharamkan daripada menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium selama enam tahun.