December 27, 2011

Villas-Boas Akui Sukar Rapatkan Mata



AVB mengaku bahawa amat sukar buat Chelsea untuk memenangi trofi EPL selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Fulham di gelanggang sendiri.

Chelsea menjaringkan gol melalui Juan Mata pada minit ke-47 namun Clint Dempsey memastikan jaringan Mata tidak membawa apa-apa makna apabila menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan di Stamford Bridge.

The Blues hampir untuk merapatkan jurang mata dengan dua Manchester iaitu United dan City, namun menurut Villas-Boas, ia menjadi semakin sukar apabila mencatat tiga keputusan seri dalam tiga perlawananberturut-turut. 





Villas-Boas juga memberitahu bahawa Torres diturunkan adalah kerana Drogba telah banyak kali diturunkan dan perlu diberi rehat.

"Torres telah melakukan yang terbaik dan membantu Mata untuk menjaringkan gol."

"Dia menunjukkan prestasi yang baik dan saya gembira dengannya."