December 27, 2011

Mancini Kecewa Sekadar Seri



 Roberto Mancini sedikit kecewa selepas menyaksikan anak buahnya terpaksa melepaskan dua mata penting apabila seri tanpa jaringan dengan West Brom di The Hawthorns.

Man City kini masih lagi berada di tangga teratas liga namun mereka terpaksa berkongsi mata dengan Man United yang berjaya membelasah Wigan 5-0.

City mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol seperti percubaan Mario Balotelli yang terkena palang.

Mancini mengakui bahawa sekarang merupakan pertarungan sebenar dalam EPL bersama Man United.