December 26, 2011

Van der Vaart Bersedia Diturunkan




Penyerang Tottenham, Van der Vaart akan bermain dalam perlawanan menentang Norwich City selepas dikeluarkan dalam perlawanan menentang Chelsea.

Pemain kebangsaan Belanda yang berusia 28 tahun itu dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika seri 1-1 menentang Chelsea Khamis lepas disebabkan oleh masalah kecederaan.

"Dia kelihatan okay," kata Harry Redknapp kepada Sky Sports.

"Kami ingatkan ia mengalami hamstring. Kami membuat imbasan di klinik, namun tidak menunjukkan apa-apa masalah."

Van der Vaart yang menyambung latihan pada Krismas semalam menyatakan: "Saya fikir segalanya akan baik."

Tottenham kini berada di tangga ke-3 liga dan hanya kalah sekali dalam 14 perlawanan terakhir mereka.