December 26, 2011

Fabregas Mahu Guardiola Kekal di Barcelona




Pemain tengah Barcelona Cesc Fabregas mahu Pep Guardiola menandatangani kontrak baru untuk terus kekal di Nou Camp.

Guardiola setakat ini masih lagi menolak kontrak jangka panjang bersama Barcelona, meninggalkan persoalan berkaitan kesetiaannya bersama kelab Catalan itu.

Fabregas meminta kelab membuat apa sahaja untuk memastikan Guardiola menandatangani kontrak baru bersama kelab itu.

Bekas pemain tengah Arsenal itu berkata: "Ianya sangat penting buat kelab untuk mengekalkan Guardiola di sini untuk selama mana yang mungkin. Pemain bermain dengan baik, namun beliaulah yang mengawal kami semua."