December 27, 2011

Bukan Hanya Gary Cahill- Andre Villas-Boas


 




Andre Villas-Boas mengesahkan Chelsea semakin hampir untuk mendapatkan Gary Cahill, namun bukan hanya pertahanan Bolton itu sahaja yang manjadi tumpuan Villas.

Berikutan keputusan Alex yang memohon untuk berpindah pada awal bulan ini, Villas-Boas berharap dapat membawa pertahanan tengah yang baru pada pertengahan Januari ini.

Pengurus Chelsea mengesahkan bahawa dia amat berminat untuk mendapatkan Gary Cahill pada minggu lepas, manakalah Bolton pula mengesahkan terdapat dua kelab telah mengadakan rundingan untuk pemain itu.

Cahill akan tamat kontrak pada hujung musim ini dan the Trotters bersedia menerima bayaran untuk pemain itu pada Januari ini daripada mengambil risiko tidak mendapat apa-apa habuan pada bulan Julai nanti.

Villas-Boas akan menandatangani pertahanan tengah namun dalam masa yang sama masih mencari beberapa pemain untuk menguatkan jentera pasukannya.

"Pertahanan tengah adalah keutamaan kami namun kami juga cuba membawa beberapa muka baru ke dalam skuad ini," kata Villas-Boas.