December 28, 2011

Wenger Tolak Kepulangan Henry




Arsene Wenger menolak rundingan untuk membawa Thierry Henry kembali ke Emirates Stadium.

Penyerang yang berusia 34 tahun itu kini sedang berlatih di kelab lamanya setelah tamatnya Major League Soccer. Henry kelihatan begitu gembira sepanjang dua musim bersama New York Red Bulls.

Arsenal sedang mencari penyerang untuk meringankan beban Robin Van Persie di samping mahu mencari pengganti buat Gervinho dan Maruone Chamakh yang akan beraksi dalam Piala Negara-Negara Afrika pada bulan depan.

"Tiada apa-apa yang berlaku semenjak minggu lepas. Saya tidak mahu berbincang mengenai perpindahan buat masa kini, hanya perlu bertenang," katanya.