December 30, 2011

Prebiu Liverpool vs Newcastle United


Game  : EPL (Liverpool vs Newcastle)
Tarikh: 31 Disember 2011
K.O   : 3.45 Pagi (Waktu Malaysia)
Venue : Anfield Stadium


Barisan kemungkinan Liverpool (4-4-2)
:

Reina; Johnson, Skrtel, Agger, Jose Enrique; Downing, Adam, Henderson, Maxi; Bellamy, Carroll.
Out: Lucas (knee), Robinson (ankle).
Suspended: Suárez.

Barisan Kemungkinan Newcastle (4-4-2):

Krul; Simpson, Coloccini, Williamson, R Taylor; Obertan, Cabaye, Tiote, Gutierrez; Best, Ba.
Out: Guthrie, Marveaux (both groin), Ranmger (foot), Santon (knee), S Taylor (Achilles).
Test: Ba (knee).

Pengadil: Lee Probert (Matches 11, R0 Y30)

Berita Pasukan
Penyerang Liverpool, Luis Suarez tidak dapat diturunkan dalam lawatan Newcastle ke Anfield kerana digantung satu perlawanan.

Ini memberi peluang kepada Andy Carroll untuk menunjukkan kebolehannya bagi membalas kepercayaan Dalglish terhadap dirinya.

Steven Gerrard pula mungkin akan berada di bangku simpanan sahaja.

Newcastle pula sekali lagi mengharapkan kecemerlangan Mike Wiliamson selaku pertahanan yang bagus buat Newcastle sehingga kini. Demba Ba yang menghasilkan dua gol ketika menentang Bolton , tidak pasti sama ada akan diturunkan atau tidak ekoran kecederaan lutut. Ini mungkin akan memberi kelebihan buat Liverpool.

Nota Perlawanan
Semua mata pasti akan tertumpu kepada Andy Carroll, dan dia mesti bermain.

Bekas penyerang Newcastle United sering dihantui kecederaan dan persembahan yang begitu teruk sejak menjejakkan kaki ke Anfield dengan bayaran £35 juta.

Pengganti kepada Carroll di Newcastle ialah Demba Ba yang diperolehi secara percuma.

Newcastle mungkin dahagakan kemenangan, namun berhadapan dengan Liverpool bukanlah tugas yang mudah buat mereka.

Prediction: Liverpool 2 Newcastle United 1.