December 30, 2011

Penyerang Esteban Alvarado Dipenjara





Mahkamah Belanda menjatuhkan hukuman penjaran enam bulan ke atas individu yang menyerang penjaga gol AZ Alkmaar, Esteban Alvarado.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Wesley van W berlari masuk ke padang di Armsterdam Arena pada 21 Disember lalu.

Dia cuba menendang Esteban Alvarado dari belakang dan penjaga gol Az Alkmaar menendang lelaki itu dua kali.

Mr Alvarado dilayangkan kad merah oleh pengadil akibat insiden itu.

Wesley van W memberitahu pihak mahkamah dia memohon maaf di atas tindakannya itu dan dia juga memberitahu ingin memohon maaf kepada penjaga gol AZ Alkmaar itu juga.