August 12, 2011

Transfer | EPL 12 Ogos 2011 Gossip Transfer


Man United mula berputus asa untuk mendapatkan Wesley Snijder dari Inter Milan.

Chelsea dilihat bersedia untuk memusnahkan harapan Real Madrid menandatangani pemian muda Brazil Neymar.

Arsenal bersedia membawa masuk pengganti Fabregas iaitu Jadson yang kini bermain bersama Shaktar Donestk dengan harga £12 juta.

Arsene Wenger akan menggunakan duit hasil jualan Fabregas dan NAsri untuk mendapatkan Juan Mata dari Valencia dan sekurang-kurangnya berjaya membawa masuk seorang pertahanan tengah. Gary Cahill ( Bolton), Phil Jagielka ( Everton ), Per Mertesacker ( Werder Bremen ) dan Scott Dann ( Birmingham ) kini berada dalam senarainya.

Dalam masa yang sama Arsenal dilaporkan sedang membuat perbincangan dengan Birmingham untuk membawa masuk Dann secepat yang mungkin untuk didaftarkan dalam senarai pemain sebelum perlawanan pembukaan menentang NEwcastle United pada Sabtu ini.

Tottenham menggandakan tawaran untuk mendapatkan pertahanan Blackburn Chris Samba dengan cuba menawarkan Sebastien Bassong sebagai sebahagian daripada tawaran.

Spurs akan membawa masuk pemain tengah Shaktar Donestk, Willian sekiranya mereka kehilangan Luka Modric kepada Chelsea.

Aston Villa menyertai persaingan untuk menandatangani David Trezeguet. Bekas pemain Juventus itu  kini berada dalam keadaan free transfer setelah meninggalkan Hercules.

Sven- Goran Eriksson bercita-cita untuk membeli Robbie Keane dengan harga £3 juta untuk memperkuatkan lagi jentera serangan Leicester.

Stoke City semakin hampir untuk membawa masuk Joey Barton dari Newcastle dan Nicklas Bendtner dari Arsenal.

Joey Barton juga berjaya menarik minat Zenit St Petersburg, dengan kealb Rusia itu bersedia untuk membawa masuk pemain tengah itu.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!