August 13, 2011

Transfer | EPL 13 Ogos 2011 Transfer Gossip



Penyerang Republik Ireland dan Tottenham, Robbie Keane kini dalam proses untuk menandatangani kontrak selama dua tahun bersama LA Galaxy.

Manakala, pengurus Tottenham, Harry Redknapp dilaporkan akan membida penyerang Colombia yang bermain denga FC Porto, Falcao dengan harga £35 juta.

Chelsea bersedia untuk menawarkan £15.7 juta bersama seorang pemain untuk mendapatkan Alvaro Pereira yang kini bermain bersama Porto.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kini dikatakan semakin sukar untuk mendapatkan Juan Mata dari Valencia.

Aston VIlla mahu menandatangani pemain sayap Englan, Adam Johnson secara pinjaman dan juga berhasrat untuk membawa pemain itu secara penuh pada masa akan datang.

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish kini menghalang David Ngog daripada meninggalkan Liverpool kerana dikatakan Liverpool masih tidak menjumpai pengganti kepada pemain itu.

Roberto Mancini berkata bahawa Tevez terpaksa kembali ke Man City selepas meminta untuk berpindah kerana tidak ada satu kelab pun yang mahu menggunakan khidmatnya.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!